Panggilan...
Biarkan aku terbaring dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah dirasuki kedahsyatan cinta,
dan biarkan daku istirahat,
kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang.
Temani aku wahai Sang NonaKu sampai aku tiba dirumah baruku, dan duduklah di sekeliling ranjang ini,
dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar dan kenanga.
dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini,,
Biarku istirahat di ranjang ini,
kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya;
dan juga hati yang teramat sangat menyesakkan
yang membuatku tak mampu lagi bertahan...
Biarkan sajak-sajak berbalut do'a bergetaran dan menyejukkan jiwaku;
Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa lalu kita kepada keturunanmu kelak,,
seperti dulu engkau memandang fajar harapan dalam mataku,
kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku terbaring kelak;
Hapuslah air matamu, wahai calon Nonaku,
dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota fajar pagi.
karena Akan kupastikan, Ku akan menunggumu di surga...
Akan ku pastikan ku akan memelukmu di Surga...
Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan jarak infiniti;
Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapNya.
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku.
Ciumlah mataku dengan seulas senyummu.
Biarkan anak-anak merentangkan tangan-tangan mungilnya buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka;
Biarkanlah orang-orang meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan mulai mendo'akanku;
Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku....